‘Berani kerana benar’ – Khairuddin

0
1

KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memaklumkan kehadiran lapan individu termasuk dirinya ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini atas dasar solidariti dan prinsip bersama.

Beliau berkata, mereka hadir di IPD berkenaan bagi siasatan berhubung perhimpunan ‘Buka Puasa Buka Parlimen’ pada 30 April lalu.

Katanya, tujuh individu itu termasuk Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Naib Pengerusi DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; Setiausaha Organisasi Wanita DAP Selangor, Lim Yi Wei; Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, Sharan Raj.

Selain, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaalif Abdul Adam dan Pengasas Bersama Undi-18 ,Tharma Pillai.

“Kami sepakat untuk memikul tanggungjawab ini secara kolektif atas dasar ‘berani kerana benar’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan mengadakan perhimpunan itu adalah satu manifestasi bantahan rakyat terhadap kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) yang telah menyalahgunakan kuasa untuk menutup Parlimen.

“Di luar negara turut mengisytiharkan proklamasi darurat tetapi mereka tidak tutup Parlimen dari bersidang!!

“Justeru, sebagai warganegara yang bertangunggjawab dan mewakili keseluruhan rakyat jelata yang mahukan sistem demokrasi berparlimen di negara kita dipulihkan.

“Kami tiada pilihan lain kecuali terpaksa menyampaikan hasrat warganegara malaysia melalui perhimpunan secara aman,” katanya.

Khairuddin berkata, perhimpunan aman ‘Buka puasa dan buka Parlimen’ dilakukan secara tertib tanpa unsur provokasi mengikut lunas undang-undang.

“Pihak penganjur demontrasi secara aman ini juga telah berjaya menganjurkan perhimpunan tersebut mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan

“Kertas siasatan kes ini dibuka di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here