Tiada asas PBS tinggalkan GRS – Bung Mokhtar

0
1

Spekulasi yang bertiup kencang bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) akan meninggalkan gabungannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah tidak berasas.

Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, beliau yakin bahawa parti sekutunya itu tidak akan mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

“Saya sendiri tidak ada maklumat yang tepat berkenaan dakwaan kononnya Warisan dan PBS sedang berpakat untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

“Apa pun pada saya isu ini tidak ada asasnya, sebab saya tidak nampak PBS boleh mengkhinati kerajaan GRS yang ditubuhkan bersama dalam PRN yang lalu,” kata Bung Moktar kepada Malaysiakini Isnin lalu.

Kenyataan Bung tersebut sebagai reaksi kepada spekulasi bahawa PBS sedang merancang untuk keluar dari GRS bagi membentuk gabungan baharu dengan pembangkang di negeri itu, Warisan.

Terdahulu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya ingin bekerjasama dengan PBS sekiranya diberi peluang.

Sejurus kemudian, Presiden PBS Maximus Ongkili pula berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan, termasuk di pihak pembangkang.

Memetik laporan Malaysiakini, Bung tidak menafikan wujudnya konflik di antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dalam GRS.

“Saya rasa semua parti dalam GRS ada ahli-ahlinya yang memang tidak berpuas hati.

“Namun ketidakpuasan hati tersebut tidak terbawa-bawa sehingga memecah-belahkan kerajaan GRS,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here