SETIAUSAHA Agung Uumno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Sidang Khas Parlimen mengenai isu Palestin wajar diadakan ia bagi membolehkan wakil rakyat memberi pandangan mengenainya.
Beliau berkata, kerajaan tidak perlu risau untuk mengadakan sidang khas tersebut kerana isu Palestin merupakan isu sejagat yang mengatasi politik kepartian.
“Apa juga resolusi yang diputus akan disokong semua pihak termasuk pembangkang. Saya yakin ia akan dilulus sebulat suara dan tidak perlu ada undi belah bahagi,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini.
Ahmad berkata, wakil rakyat perlu memainkan peranan dan bersuara bagi pihak rakyat memandangkan rakyat tidak boleh berdemonstrasi dalam keadaan pandemik Covid-19 pada ketika ini.
“Sehari pun cukup seperti yang pernah diadakan. Rakyat tidak boleh berdemonstrasi ketika Covid-19 ini. Maka paling tidak wakil mereka boleh bersuara,” katanya. – Malaysipost

