Johor perlu laksana total lockdown – DMJ

0
2

Kerajaan Johor digesa mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negeri berkenaan.

Dewan Muda Johor (DMJ), berkata langkah itu perlu untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang sedang meningkat di negeri tersebut.

DMJ berkata, pihaknya turut meminta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad untuk mendesak Kerajaan Pusat agar program vaksinasi bagi rakyat negeri ini disegerakan.

“Sekiranya PKP menyeluruh dilaksanakan, kerajaan negeri perlu mengimbangi perkara itu dengan memberikan pakej bantuan khas kepada pihak terjejas.

“Bantuan tersebut seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan moratorium secara automatik untuk satu tempoh yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

DMJ turut memaklumkan pihaknya telah menghantar surat cadangan itu ke Pejabat Menteri Besar Johor menerusi satu surat rasmi, semalam.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh di negeri ini bagi mengesan penularan wabak itu dalam komuniti.

“Selain itu, kami turut mendesak kerajaan agar menamatkan proklamasi darurat agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat bersidang dan sistem demokrasi negara dapat dikembalikan,” kata kenyataan itu.

Sehingga semalam, Johor mencatatkan 51,217 kes positif dilaporkan dengan 407 kes baharu selain mencatatkan 174 kes kematian manakala sebanyak 3,914 kes masih aktif. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here