Himpunan Parit Raja: 3 keluarga guna khidmat guaman percuma Pemuda Umno

0
2

PEMUDA Johor mengesahkan tiga keluarga tampil menggunakan khidmat guaman percuma yang disediakan pihaknya berhubung perhimpunan di Parit Raja, Batu Pahat, Rabu lalu.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah, berkata beliau dimaklumkan sehingga kini seramai 20 individu ditahan sementara 13 orang sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala tujuh ditahan.

“Semalam selepas saya memuat naik kenyataan media yang diilhamkan Pemuda Johor berkaitan penawaran khidmat guaman percuma, tiga keluarga tampil mendapatkan khidmat bantuan guaman Pemuda Umno Johor.

“Setakat ini tiga keluarga menggunakan khidmat guaman Pemuda Umno Johor. Semua maklumat dan perincian daripada keluarga berkenaan sudah direkodkan wakil Pergerakan Pemuda Umno Johor untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua maklumat dan perincian daripada keluarga berkenaan sudah direkodkan wakil Pergerakan Pemuda Umno Johor untuk tindakan susulan.

“Alhamdulillah semua keluarga mengucapkan terima kasih atas inisiatif dilakukan Pergerakan Pemuda Umno Johor. Pada masa sama, saya mewakili Pergerakan Pemuda Umno Johor menasihatkan kepada semua orang muda untuk berfikir sebelum bertindak membuat keputusan yang salah.

“Pergerakan Pemuda Umno Johor juga ambil maklum mengenai perkembangan kes ini dan ingin mengingatkan semua setiap keputusan dibuat mahkamah adalah keputusan mutlak dan perlu diterima semua pihak dengan hati terbuka serta berlapang dada,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno Johor menubuhkan satu Sekretariat Peguam bagi khidmat guaman percuma kepada individu yang ditahan polis berkaitan perhimpunan di Parit Raja, Batu Pahat, Rabu lalu.

Naib Ketuanya, Mohd Fared Khalid, berkata bantuan khidmat guaman percuma tersebut dibuat bukan bersandar kepada agenda tertentu atau menyokong tindakan yang dilakukan semua individu terbabit. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/16/himpunan-parit-raja-pemuda-umno-johor-tawar-khidmat-guaman-percuma/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here