Orang ramai diminta ke Pusat Penilaian Covid-19 di daerah masing-masing

0
1

KERAJAAN Selangor meminta individu disahkan positif Covid-19 untuk pergi ke lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di daerah masing-masing.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia bagi mengelakkan berlaku kesesakan di CAC khususnya di Stadium Melawati, Seksyen 13, Shah Alam seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

“Jika anda dikesan positif dan ingin hadir ke CAC, sila pergi ke CAC di daerah masing-masing. Ini bagi mengelakkan berlaku kesesakan di CAC terutama di Stadium Melawati.

“Turut dikesan beberapa kes pesakit Covid-19 dari luar Selangor hadir ke CAC Stadium Melawati yang menyebabkan kesesakan dan kelewatan menunggu.

“Saya menggesa semua untuk patuh arahan tidak merentas negeri dan pergi ke CAC yang berdekatan bagi memudahkan urusan,” katanya menerusi Twitter.

Beliau turut berkongsi senarai CAC di Selangor iaitu Stadium Melawati bagi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling; PKD Klang membabitkan Klinik Kesihatan (KK) Pelabuhan Klang, KK Pulau Indah, KK Sungai Bertik, KK Anika, KK Bukit Kuda, KK Meru dan KK Bandar Botanik.

Bagi PKD Gombak, orang ramai boleh ke CAC di KK Kluang, KK Batu Arang, KK AU2, KK Batu 8, KK Taman Ehsan, KK Hulu Kelang, KK Sungai Buloh, KK Selayang Baru, KK Rawang, serta KK Gombak Setia manakala bagi PKD Hulu Selangor ialah Klinik Desa Ulu Yam Lama. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here