Kawalan keselamatan negara diperketat, jamin ketenteraman awam

0
1
Datuk Seri Hamzah Zainudin

POLIS dan agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan bagi menjamin ketenteraman awam susulan ancaman dikeluarkan Israel terhadap pemimpin Palestin berada di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya memandang serius ancaman berkenaan dan pada masa mengambil maklum kewujudan organisasi mendukung aspirasi perjuangan rakyat Palestin di Malaysia.

“Sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tetap dengan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here