Tinggal satu zon hijau di Semenanjung

0
1

HANYA Hulu Terengganu masih kekal zon hijau di Semenanjung, kongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menerusi perkongsian infografik oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat hari ini hanya 15 zon kuning di seluruh Semenanjung.

Pada masa sama, sebanyak enam zon jingga dilaporkan dan selebihnya adalah zon merah.

Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, dan Melaka menyaksikan semua daerah berada dalam zon merah.

“Varian Afrika Selatan B.1.351 telah menular dalam komuniti. Sila berhati-hati dan duduk di rumah,” tulis KKM.

Zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan dalam tempoh 14 hari, kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

Sementara itu di Sarawak, hanya dua daerah zon hijau iaitu Kabong dan Telang Usan, manakala lapan daerah masih berada dalam zon hijau di Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here