Dua lokaliti lagi kena PKPD

0
2

DUA lokaliti – masing-masing satu di Melaka dan Sabah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini sehingga 29 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lokaliti pertama dikenakan PKPD ialah Kampung Lubok Redan, Alor Gajah.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila 56 kes positif direkodkan di lokaliti itu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan
seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD Lorong 2 Kampung Kongsi 8, Tawau, dilaksanakan selepas 15 kes positif direkodkan hasil 56 saringan di lokaliti itu serta dengan kadar positiviti adalah 26.79%. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here