Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak disiasat

0
1
New Sarawak deputy police commissioner DCP Datuk Fisol Salleh — ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

JABATAN Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat beberapa aduan salah laku dan salah guna kuasa dikaitkan dengan Datuk Fisol Salleh.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya, berkata pihaknya mengesahkan menerima beberapa aduan mengenai perkara itu dan telah memulakan siasatan secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan yang menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa pegawai kanan tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis dan pegawai rendah yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular dakwaan mengenai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak itu dengan kegiatan penyeludupan dan kongsi gelap serta menjadi pelindung sindiket perjudian di Sarawak.

Susulan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Lukas Aket dalam satu kenyataan pada 10 Mei lalu, memaklumkan polis kini mengesan seorang individu tempatan yang dipercayai membuat dakwaan itu.

Menurutnya, dakwaan itu sengaja direka bagi menjatuhkan imej dan reputasi polis Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here