PKP 3.0: Rakaman bagi pengambaraan dalam studio dibenarkan

0
1

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akur dengan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Korporat hari ini, Finas memaklumkan aktiviti rakaman bagi pengambaraan filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya dibenarkan bagi rakaman dalaman (studio).

Kata kenyataan itu, ia dibenarkan dengan jumlah kru minima tanpa penonton serta perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Pengambaran Filem Khas (SPP Khas) dan tertakluk pematuhan SOP Industri Kreatif yang ditetapkan MKN.

“Pada masa sama Finas memaklumkan operasi pawagam adalah tidak dibenarkan ketika PKP berlangsung,” katanya.

Namun begitu, Finas berkata, aktiviti pawagam menggunakan kaedah pandu lalu dibenarkan dengan mengikuti SOP ketat yang ditetapkan oleh MKN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here