Rekod baru hari ini, 39 kematian hari ini

0
2

SEBANYAK 39 kes kematian dicatatkan di Malaysia hari ini, iaitu rekod tertinggi sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian di Malaysia terus melonjak kepada 1,761 kes.

“Ia bersamaan 0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia,” katanya hari ini.

Malaysia mencatatkan 4,765 kes baharu hari ini menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 453,222 dengan 40,101 kes aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here