KUARTERS pekerja lombong Sungai Batu, Batu Talam di Raub, diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini Kementerian Kesihatan telah melakukan ujian saringan melibatkan 50 pekerja.
“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan membolehkan KKM menjalankan saringan awal serta mengesan kontak rapat untuk saringan dan pengasingan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti antaranya Kampung Sagah, Jalan Sungai
Tengah Matang di Kuching dan Kampung Skim Cocos di Kunak, Sabah. – Malaysiapost

