Tuan Asmawi merajuk?

0
2

“INI bukan nada merajuk, cuma mungkin saya disucikan di kalangan rakan-rakan artis tapi saya ini kotor di kalangan agamawan lain,” kata Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Pendakwah terkenal itu dalam rakaman video kepada Malaysiapost, menyatakan dia lebih selesa bersama dengan pihak yang terlibat dalam industri hiburan berbanding agamawan.

“Saya kira orang-orang agama seperti saya, rasa tidak asing dan lebih selesa berada dalam rakan-rakan produksi berbanding rakan-rakan sejawat saya bergelar ustaz dan ustazah ini,” katanya.

Penasihat Kehormat Media dan Korporat Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) itu berkata, beliau berada dalam industri hiburan bukan untuk populariti semata-mata tetapi hanya sekadar mencari rezeki dan ini juga caranya menyampaikan dakwah.

“Saya tak ada ilmu jadi saya sampaikan ilmu dengan berlakon tapi orang alim dan orang banyak ilmu boleh berdakwah dan berceramah,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Asmawi turut berkongsikan perkembangan terkini dalam bidang lakonan.

Katanya, dia kini terbabit dalam beberapa telemovie terbitan Astro, antaranya Kandas, Temubual dengan Jin, Sumpah Orang Puteh, dan Siku 12 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Astro, Telemovie Hijrah Ramadhan terbitan Al-Hijrah serta drama bersiri Inspektor Babyface terbitan RTM dan banyak lagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here