PKP3.0: Tiada moratorium secara automatik – Bank Negara

0
2

MORATORIUM menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula esok.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu.

“Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.

“Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk Pemuda Umno mendesak kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan rakyat tertentu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemberian moratarium itu juga tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

Beliau berkata, apa fungsi Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat, dan di mana fungsi Ordinan Darurat jika pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP seluruh negara berkuatkuasa 12 Mei ini hingga 7 Jun.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here