Kerajaan seragam SOP di seluruh negara

0
2
Ismail Sabri

BAGI mengelakkan orang ramai keliru, kerajaan memutuskan hanya menggunakan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penggunaan SOP PKP adalah seragam untuk seluruh negara susulan perlaksanaan PKP 3.0 esok.

“Hari ini mesyuarat teknikal MKN telah berbincang mengenai SOP PKP yang diseragamkan di seluruh negara. Jadi kalau selama ini orang keliru kerana ada PKPB, PKPP punya SOP dan PKP, sekarang ni kita buat keputusan hanya satu standadr SOP untuk seluruh negara yang melibatkan seluruh kementerian,” katanya pada sidang media khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini.

Menurutnya, segala butiran SOP ini boleh dilihat pada laman sensawang Majlis Kelamatan Negara (MKN) dan kementerian-kementerian yang berkaitan.

“Jadi terdapat beberapa perkara yang kita setuju hari ini termasuk protokol prosedur SOP aktiviti-aktiviti yang telah dibenarkan di kawasan PKP, kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta, protokol kesihatan umum, aktiviti keagamaan, aktiviti sektor perladangan, pertanian dan penternakan, aktiviti sukan dan riadah dan juga senarai panjang aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

“Jadi kita dah mempunyai SOP yang lengkap dan maklumat lanjut SOP yang berkaitan dengan kementerian akan dikeluarkan di dalam website masing-masing,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here