BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin atau dikenali Cikgu Lee meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Lee Teng menerusi Facebook mendiang.
“Untuk makluman semua, ayah saya mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pagi ini – Lee Teng,” menurut perkongsian Facebook berkenaan.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang menerusi ciapan di Twitternya.

