Sempena Aidilfitri, air percuma 20m³ kepada semua rakyat T’ganu

0
1

KERAJAAN Terengganu bersetuju untuk memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu (m³) pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena bulan perayaan Aidilfitri.

Sebelum ini, kerajaan Negeri telah memberi bekalan air percuma 20m³ kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan penduduk PPRT.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ia bagi membantu rakyat negeri itu menghadapi suasana Hari Raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik Covid-19.

“Pemberian air percuma ini akan memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat terdiri daripada isi rumah kategori rumah tangga.

“Ia akan melibatkan perbelanjaan hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata inisiatif itu diharap dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19.

“Ia juga sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya lagi. – Malaysiapost

Foto Kredit: Wikipedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here