Sathia akan ‘lawan’ Covid-19 bersungguh-sungguh

0
1

“SAYA akan melawannya bersungguh-sungguh,” kata Pengarah Teknikal Sarawak United, B Sathianathan.

Beliau disahkan positif Covid-19 bersama beberapa lagi anggota pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier itu.

NST melaporkan, Sathia bagaimanapun melahirkan rasa syukur apabila isteri serta anaknya disahkan negatif wabak itu.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak juga memaklumkan akan berjuang melawan virus itu hingga sembuh sepenuhnya.

Sementara itu, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais berkata beberapa staf dan jurulatih skuad Piala Presiden turut dijangkiti wabak itu.

Katanya, dua lagi staf menunggu keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Pejabat kami termasuk Sathia di Kuching dijangkiti Covid-19 tetapi pemain tidak terlibat. Mereka yang dijangkiti hanya staf kelab.

“Saya doakan agar mereka semua cepat sembuh,” katanya memaklumkan lapan individu daripada kelab itu dijangkiti termasuk jurulatih skuad Piala Presiden.

“Jumlahnya lapan orang yang dijangkiti termasuk jurulatih Piala Presiden. Syukur pemain (Piala Presiden) negatif kerana mereka tidak menjalani latihan minggu lalu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Football Tribe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here