Kes positif global melebihi 157 juta

0
2

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 157.12 juta, manakala jumlah kematian melebihi 3.27 juta

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.67 juta kes.

Ia diikuti India dengan 21.89 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.08 juta kes.

Perancis pula negara yang melebihi angka 5 juta kes dan Turki, Rusia, United Kingdom serta Itali melebihi 4 juta kes manakala Sepanyol, Jerman dan Argentina pula melebihi 3 juta kes.

Negara mencatatkan lebih 2 juta kes adalah Colombia, Poland, Iran dan Mexico, manakala Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Sementara itu, jumlah kematian global kini melepasi 3.27 juta

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 581,000 kes.

Ia diikuti Brazil dengan lebih 419,000 kes dan India lebih 238,000 kes, manakala Mexico lebih 218,000 kes dan United Kingdom, Itali, Rusia serta Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here