Senarai titik hitam Covid-19, rakyat tambah keliru – Najib

0
1

TINDAKAN kerajaan mengeluarkan senarai lokasi dan premis yang menjadi titik hitam Covid-19 hari ini dilihat akan semakin mengelirukan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berdasarkan senarai titik hitam yang diumumkan itu antaranya adalah banyak pusat beli belah popular di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang sudah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di beberapa daerahnya.

“Ini yang ramai tak faham dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sendiri umum PKP 3.0 untuk melawan Covid. Lalu, sendiri umum shopping mall adalah hotspot paling berbahaya.

“Tapi shopping mall ini juga yang diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 dan Darurat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, jika sudah tahu ianya titik hitam yang berbahaya, apa salahnya untuk tutup pusat beli belah itu dalam tempoh PKP 3.0 sepanjang 12 hari atau 14 hari sekiranya kerajaan benar-benar ingin lawan Covid-19 dan elak sistem kesihatan lumpuh.

“Sekurang-kurangnya hanya benarkan kedai-kedai yang jual barang keperluan sahaja beroperasi dan yang lain tidak dibenarkan kalau kerajaan tak mahu tutup seluruh mall.

“Gunakan tempoh tutup ini untuk kerja sanitasi atau untuk pertingkatkan/perbaiki kelemahan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu dalam satu lagi hantaran, Ahli Parlimen Pekan itu turut menyindir tindakan yang dikatakan berdasarkan data dan sains kerajaan.

“Ratusan hotspot Covid-19 diumum kerajaan sebagai bahaya dibenar beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 untuk lawan Covid-19.

“Parlimen tidak dalam senarai hotspot kerajaan, ditutup pula dengan alasan ianya bahaya,” perlinya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/08/pasar-raya-restoran-paling-banyak-tersenarai-lokasi-titik-hitam-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here