486 ditahan ingkar SOP

0
1

SERAMAI 486 individu ditahan kerana ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kawalan dan pencegahan Covid-19 semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada keseluruhan tangkapan itu, seramai 473 dikenakan tindakan kompaun, manakala 13 lagi direman.
Menurutnya, gagal mendaftar masuk premis adalah kesalahan tertinggi membabitkan 183 individu. 
“Kesalahan lain adalah aktiviti pusat hiburan (136), tidak memakai pelitup muka (73), tiada penjarakan fizikal (15) dan lain-lain (81).
“Kerajaan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri dan kawasan hotspot yang dikenal pasti di bawah sistem HIDE.
“Langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai  21 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan selain 10 kenderaan darat dirampas menerusi Op Benteng, selain 161 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglibatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here