Penalti minit akhir pastikan JDT kekal pimpin carta Liga Super

0
1

HASRAT Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merampas takhta Liga Super tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi dua pasukan teratas di Stadium Darul Aman malam tadi.

Jaringan Bergson da Silva menerusi sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan pasti melegakan JDT setelah usaha kedua-dua pasukan memburu jaringan menemui kebuntuan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus memimpin carta liga menerusi 27 mata daripada 12 perlawanan, manakala KDA FC jatuh ke tangga ketiga dengan 23 mata.

Di Kuala Terengganu, tuan rumah Terengganu FC (TFC) menang selesa 3-0 ke atas pasukan tercorot UiTM FC sekali gus melonjak ke tangga kedua dengan 24 mata.

David da Silva, Faisal Halim dan Rahmat Makasuf menemui sentuhan jaringan untuk memastikan skuad Penyu bangkit setelah tewas 1-4 kepada Penang FC minggu lalu.

Dalam satu lagi aksi di ibu negara, Penang FC mengalami kekalahan kedua musim ini apabila gagal meneruskan rentak cemerlang sesudah tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur.

Hatrik Paulo Josue memastikan skuad warga kota mendaki ke tangga keenam dengan 16 mata, ketinggalan dua mata kepada Selangor FC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here