Tak perlu kebenaran polis rentas daerah, negeri untuk vaksinasi – KJ

0
1

KERAJAAN membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri kepada individu yang perlu mendapatkan vaksinasi Covid-19 di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, berkata kebenaran itu diberikan kepada individu yang perlu merentas daerah dan negeri untuk tujuan vaksinasi selepas pelaksanaan PKP di beberapa daerah di Selangor.

“Susulan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di Selangor, individu yang perlu merentas daerah dan negeri (Selangor – KL) bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika sekatan jalan raya.

“Mereka tidak perlu memohon surat kebenaran rentas daerah serta negeri daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan PKP selepas peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here