Polis buru wanita beri anak hisap vape

0
1

POLIS memburu seorang pemilik akaun Instagram yang memuat naik satu video memaparkan tindakannya memberi seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun menghisap rokok elektronik atau vape.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai penularan video terbabit dan kini sedang berusaha mengesan lokasi kejadian.

“Polis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang giat mengesan lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan dan tindakan menyelamatkan kanak-kanak tersebut dilakukan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak dipercayai anaknya sendiri menghisap rokok elekronik atau vape tular sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory memaparkan anaknya itu menerusi laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut jelas ‘reaksi’ kanak-kanak berkenaan tidak selesa dipaksa menghisap vape berulang kali.

Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan wanita tersebut yang sanggup mempertaruh nyawa anaknya hanya kerana ingin mendapat lebih tontonan di media sosial.

Terdapat juga komen yang memohon wanita tersebut diambil tindakan atas kesalahan memaparkan kandungan tidak sihat dalam komuniti. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/04/ibu-kena-kecam-papar-video-suap-anak-dengan-vape/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here