Permohonan geran Afdlin perlu dikaji semula – Anwar

0
1

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penolakan permohonan geran pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) adalah bermotifkan politik.

Menurutnya, perkara itu sangat mendukacitakan dan alasan yang diberikan Finas bagi menafikan dakwaan tersebut amat cetek dan dangkal sama sekali.

“Meski orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan kecenderungan politik.

“Saya tuntut permohonan oleh saudara Afdlin dilihat dan dikaji semula dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu Afdlin mendakwa penolakan geran untuk menerbitkan filem ‘Angel of Sandakan’ itu adalah kerana dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada PKR dan Anwar.

Susulan itu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata, pada Jumaat lalu, penolakan permohonan Afdlin itu sama sekali tidak membabitkan unsur pilih kasih atau sentimen perkauman dan kecenderungan politik.

Zakaria berkata, punca penolakan permohonan Afdlin adalah kerana tidak mengikut syarat ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here