Antara perkauman dan kemahuan dalam DAP – Razlan

0
1

TERDAPAT dua cerita yang berbeza di antara perkauman dan kemahuan dalam parti DAP, demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Razlan Rafii

Menurutnya, kemahuan adalah apabila Marina Ibrahim yang juga Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, ingin membawa keluar dari sebuah parti yang sinonim dari kepunyaan bangsa Cina kepada parti pelbagai.

“Di Malaysia, memang ada parti yang jelas dasarnya memperjuangan bangsa tanpa ada keraguan bahawa bangsa itu mesti dikekalkan dalam wadah perjuangan parti.

“Ada juga parti yang jelas memilih pelbagai kaum demi menegakkan kepercayaan bahawa kepelbagaian itu jalan keluar membina Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Razlan berkata, namun begitu mereka sering kali gagal di tengah jalan apabila melihat perjuangan DAP tidak boleh dipisahkan dengan kaum Cina dan pelbagai usaha pemimpin Melayu DAP dilakukan namun kegagalan sering kali ditemukan.

“Tidak perlu di ungkapkan apakah al sebabnya, ramai yang kecewa apabila melihat pemilihan kepimpinan yang menjurus kepada satu kaum sahaja, pastinya bukan India dan Melayu.

“Untuk menutup mimpi yang dijual, kaum Melayu akan di lantik, kaum india juga dilantik. Dari 15 pemimpin Negeri yang terpilih kemungkinan adalah seorang bernasib baik terpilih,” ujarnya.

Maka, Razlan mencadangkan lebih baik menjadi parti yang benar berjuang atas dasar yang dipercayai oleh ahli.

Beliau berkata, parti MIC, MCA, Umno, PAS, dan Amanah adalah parti yang percaya kepada perjuangan bangsa dan bukan rasis.

“Gerakan PKR Warisan ini pula parti yang percaya kepada perjuangan pelbagai kaum, tapi DAP, sehingga hari ini terus menerus menjual mimpi demi kepalsuan perjuangan. Meletakkan muka-muka Melayu dan India sekadar menutup sebuah perjuangan bangsa.

“Kemahuan Marina akan gagal sebagaimana gagalnya tokoh-tokoh pemimpin Melayu yang sebelumnya,” kata beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here