Vaksin AstraZeneca: 160,000 permohonan selepas 2 jam dibuka

0
1
vaksin AstraZeneca reuters

KIRA-kira 160,000 permohonan janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca direkodkan dalam tempoh dua jam selepas pendaftaran dibuka jam 12 tengah hari tadi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sebanyak 100,000 slot janji temu membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas, masih dibuka untuk permohonan individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin itu.

Menerusi tangkap layar yang dipaparkan di Twitter @Khairykj, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi PPV pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan vaksin itu.

Ia berdasarkan maklumat yang dipaparkan di sistem pendaftaran melalui vaksincovid.gov.my.

Di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) pula slot tarikh janji temu telah penuh.

“160,000 janji temu telah diambil. Lebih kurang 100,000 lagi masih kosong. Buat permohonan jika antara warga Selangor dan Kuala Lumpur,” ciapnya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here