Nurul Huda Abhar
CUKUP tujuh hari selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Tasha Shila, 34, mengumumkan bayi lelaki itu diberi nama Raeez Zander Muhammad Atiq.
Menerusi hantaran di laman Instagram, dia juga memuat naik beberapa keping foto anak lelakinya, bagi berkongsi kegembiraan bersama peminat.
Pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak itu turut memohon agar semua peminat mendoakan kesejahteraan anaknya.
“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami Atiq Idris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal,” tulisnya.
Pelakon Mimpi Sabrina itu selamat melahirkan anak sulungnya pada 25 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari tahun lalu. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/25/tasha-shila-dapat-baby-boy/

