Asnaf, warga emas Parlimen Bera terima duit raya

0
1

SERAMAI 2,425 penduduk di Bera, Pahang terdiri daripada golongan yang memerlukan termasuk asnaf dan warga emas menerima sumbangan sempena Aidilfitri.

Sumbangan duit raya itu disampaikan sendiri Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi meringankan beban golongan terbabit dalam membuat persiapan hari raya.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) mengambil pendekatan berkunjung ke kampung-kampung dan Felda di kawasannya semalam dan hari ini untuk menyantuni golongan berkenaan.

Menurutnya, bulan Ramadan kali ini dimanfaatkan bagi bertemu warga Bera selepas tidak berpeluang melakukannya tahun lalu susulan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Di kesempatan Ramadan ini, program selama dua hari di Bera ini adalah program menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan termasuk asnaf dan warga emas bagi meringankan sedikit beban dalam menyambut Aidilfitri.

“Ini adalah program tahunan dan inilah antara waktu untuk saya berjumpa dengan warga Bera di setiap kampung dan Felda,” katanya kepada Malaysiapost.

Menurutnya, melalui pendekatan itu sekurang-kurangnya setahun sekali beliau dapat bertemu penduduk terutama pada bulan Ramadan

“Cuma tahun lepas sahaja saya tidak dapat datang ke kampung-kampung sebab PKP.

“Kesempatan ini juga saya gunakan untuk mengingatkan terutama penduduk kampung mengenai bahaya Covid-19 selain apa yang perlu mereka buat dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi,” katanya.

Antara penerima sumbangan yang disantuni adalah dari Kampung Charuk Puting, Paya Mengkuang Ladang, Kampung Guai, Kampung Sri Buntar, Kerayong dan banyak lagi.

Selain itu, Ismail Sabri turut menyantuni petugas barisan hadapan dengan mengedarkan bubur lambuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera dan berbuka puasa bersama warga tentera di Kem Bera.

Penerima sumbangan, Umar Baba, 48, dari Kampung Paya Tateh, menyifatkan Ismail Sabri sebagai wakil rakyat yang mesra dengan masyarakat dan banyak berjasa kepada penduduk Bera.

Umar Baba, 48, dari Kampung Paya Tateh,

“Sejak menjadi wakil rakyat di Parlimen Bera ini, setiap kali bulan puasa beliau mesti datang ke kampung-kampung untuk bertanya khabar dan beri sumbangan.

“Beliau mudah bergaul dengan masyarakat dan sentiasa mendengar keluhan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here