MALAYSIA merekodkan 3,418 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan yang dicatatkan kini 415,012 kes.
Menurut KKM, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,200, diikuti Sarawak (587), Kelantan (400), Johor (213), Kuala Lumpur (198), Terengganu (184), Pulau Pinang (145), Sabah (115) dan Kedah (101).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Perak (77), Negeri Sembilan (73), Melaka (61), Pahang (45), Putrajaya (8), Labuan (7) dan Perlis (4). – Malaysiapost

