PENGUMUMAN Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador pastinya memberi suntikan moral kepada Kelab Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Acryl Sani yang merupakan Presiden PDRM FA telah banyak berusaha keras membangunkan PDRM FC terutamanya dalam menyediakan fasiliti untuk kemudahan operasi kelab dan juga para pemain berlatih.
Paling baru pada bulan lalu Acryl Sani telah merasmikan operasi pejabat baharu PDRM FC di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL).
Pejabat baru itu dilengkapi fasiliti baharu PDRM FC termasuklah pejabat pentadbiran, bilik persalinan pemain, kedai cenderamata, ruang studio, bilik VIP, bilik fisioterapi dan bilik mesyuarat yang mana ianya bersebelahan padang latihan utama di Pulapol.
Selain itu, pengalaman dimilikinya ketika mengalas amanah selaku Pengerusi Jawatakuasa Keselamatan FAM juga elemen yang penting bagi memastikan The Cops kembali disegani lawan. – Malaysiapost

