Varian Covid-19 India: KKM nafi keluarkan kod merah

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan peringatan kod merah kepada seluruh Malaysia yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung varian Covid-19 mutasi baharu dari India.

KKM menerusi hantaran di laman Facebook berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan tangkap layar tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

“Tular sekali lagi di aplikasi WhatsApp mengenai mesej berikut. Mohon kerjasama anda untuk tidak menyebarkannya,” tulis hantaran itu.

Terdahulu, tular tangkap layar laporan dari portal Malaysiakini yang bertajuk “KL restaurant customer part of new cluster, nine cases reported today”.

Maklumat yang disebarkan itu juga meminta orang ramai menjauhkan diri dari kedai mamak, nasi kandar dan semua restoran yang mengambil pekerja dari India untuk sementara waktu.

Bagaimanapun, laporan tersebut dibuat pada 20 Ogos 2020, dan diulang siar bagi mengaitkan situasi kes Covid-19 di India yang semakin parah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan menyekat penerbangan keluar masuk dari India ke negara ini bagi mencegah kemasukan varian baharu Covid-19 dari negara itu, berkuat kuasa 28 April.

Menurutnya, pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia adalah dilarang memasuki negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here