Kes baharu Covid-19 cecah 3,788

0
1

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 hari ini mencecah 3,788 kes, iaitu tertinggi untuk bulan ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah terbaharu itu menyaksikan Malaysia mencatatkan kes melepasi angka 3,000 tiga hari berturut-turut selepas sekian lama berada sekitar angka 2,000.

KKM memaklumkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini 408,713 kes.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,265 kes, meningkat berbanding semalam 1,083.

Ini diikuti Sarawak (760), Kelantan (464), Kuala Lumpur (255), Pulau Pinang (250), Johor (160) dan masing-masing 136 kes di Negeri Sembilan dan Kedah serta Perak (118).

Sementara, Sabah (89), Melaka (55), Pahang (54), Terengganu (37), Perlis (5), dua kes di Putrajaya dan Labuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here