Adun Melor meninggal dunia

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya, di Kota Bharu, awal pagi hari ini.

Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir jam 2.28 pagi tadi di kediamannya di Melor.

Kematian beliau di pagi Jumaat dalam bulan Ramadan ini disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.

“Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.

“Insya-Allah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh. Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Romaini Mat Daud dan enam anak.

Sebelum dipilih sebagai ADUN Melor sejak 2013, Allahyarham adalah bekas pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here