Saifuddin Abdullah positif Covid-19

0
2

MENTERI Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19, hari ini.

KKMM menerusi kenyataan memaklumkan Saifuddin disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi.

“Sehubungan itu, Datuk Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Datuk Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar,” kata kenyataan itu.

Menurut KKMM, Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau.

Beliau juga memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here