Muhyiddin ajak umat Islam hayati hikmah petistiwa Nuzul al-Quran

0
2

SEMPENA Ramadan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa Nuzul al-Quran dan isi kandungan kitab itu secara keseluruhannya.

“Luangkanlah lebih banyak masa membaca dan memahami intipati al-Quran yang antara lain mengajak kita melakukan amal soleh.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mendoakan semoga umat Islam di negara ini khasnya dan di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan ucapan Selamat Menyambut Nuzul al-Quran 1442 Hijrah hari ini.

Muhyiddin berkata 17 Ramadan adalah hari memperingati peristiwa Nuzul al-Quran, hari di mana kitab suci bagi umat Islam diturunkan kepada umat manusia.

Katanya, al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan kepada umat Islam.

“Al-Quran merupakan sumber ilmu, hidayah serta panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia.

“Membaca, mengamal dan menyebarkan kandungan al-Quran untuk manfaat manusia adalah tanda kita mencintai al-Quran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here