KRI Nanggala-402: Ebit Lew mahu hadiahkan RM5,000 kepada keluarga mangsa terkorban

0
2

PENDAKWAH Bebas, Ustaz Ebit Lew berhajat menghulurkan bantuan sebanyak RM5,000 atau 17 juta rupiah kepada setiap lima buah keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala-402.

Beliau berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu mereka dari keluarga yang susah.

Dalam masa sama, beliau turut berniat untuk memberikan kata-kata semangat dan doa buat mereka yang kehilangan insan tersayang.

“Sayu sebak bila dapat video call ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan hadiahkan RM 25000 untuk lima keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Naggala-402. Setiap keluarga Rm5000 atau 17 juta rupiah. Bila call terasa seperti sebuah keluarga jer,” katanya menerusi Facebook.

Ustaz Ebit memaklumkan bahawa beliau dapat menghubungi ahli keluarga Serda Diyut iaitu salah seorang anggota yang terkorban dalam tragedi itu.

“Saya terlihat berita di MetroTv News Indonesia. Isteri yang terkejut menangis. Syukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut dengan bantuan NGO Aksi Cepat Tanggap .

“Serda diyut meninggalkan isteri dan dua orang anak. Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur lima tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.

“Sayu jer rasa tengok anaknya yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka baru lepas berbuka dan sedang bacaan yassin,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar semua ahli keluarga mangsa kapal selam tersebut diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

“Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga dan orang terdekat buat mangsa KRI Nanggala-402.

“Allah beri keampunan dan rahmat buat semua. Terima kasih NGO Aksi Cepat Tanggap. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here