KPM perlu proaktif bendung ugutan rogol, gangguan seksual di sekolah

0
2
Fatin Fariza Abdul Halim

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) diminta mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala ugutan rogol atau gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sekolah.

Naib Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Fatin Fariza Abdul Halim berkata guru memainkan peranan penting menerapkan bahawa pengertian rogol adalah jenayah seksual kepada pelajar.

“Apa yang sepatutnya diajar adalah perbuatan tersebut salah, bukan melebihi had umur mempunyai kelonggaran untuk merogol.

“Adakah generasi seterusnya yang kita ingin lahirkan adalah generasi yang mengambil ringan isu-isu moral hanya kerana hukuman undang-undangnya lebih ringan?

“Harapan saya bahawa mangsa kepada gangguan seksual ini betabah. Bukan mudah bagi seorang gadis remaja mendengar sesuatu seperti ini dan perlu menghadapi rakan-rakan dan pemangsa di sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Fatin Fariza meminta KPM mengambil serius terhadap apa yang telah berlaku dan perlu terus memastikan sekolah adalah tempat yang selamat bagi semua pelajar tidak mengira umur, bangsa, agama dan jantina.

Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor membuat laporan polis terhadap seorang gurunya yang didakwa membuat gurauan berkaitan rogol.

Pelajar itu juga membuat satu lagi laporan polis terhadap rakan sekelasnya setelah mendakwa menerima ugutan rogol. – Malaysiapost – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here