KES baharu Covid-19 hari ini mencecah 3,332 kes, meningkat berbanding 3,142 kes yang dicatatkan semalam.
Jumlah itu juga menyaksikan Malaysia mencatatkan kes melepasi angka 3,000 dua hari berturut-turut selepas sekian lama berada sekitar angka 2,000.
Kementerian Kesihatan (KKM), berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini 404,925 kes.
Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,083 kes, sedikit naik berbanding semalam 1,019.
Ia diikuti Sarawak (522), Kelantan (401), Kuala Lumpur (359), Johor (207), Pulau Pinang (158), Sabah (131), Negeri Sembilan (111) dan Kedah (105).
Sementara, Pahang (92), Perak (91), Melaka (43), Terengganu (19), Putrajaya (9), Perlis (1) dan Labuan (0). – Malaysiapost

