KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam menyaksikan Kelantan masih tertinggi iaitu 1.28 bertanding 1.13 kadar untuk seluruh negara.
Semalam Kelantan yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencatatkan 523 kes baharu, iaitu kedua tertinggi selepas Selangor.
Menurut infografik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar Rt di Kuala Lumpur adalah kedua tertinggi iaitu 1.26.
Ini diikuti Terengganu (1.20), Johor (1.19), Melaka (1.18), Selangor (1.16), Kedah (1.15), Negeri Sembilan (1.11), Putrajaya dan Pahang masing-masing 1.09, Sarawak (1.04) dan Perak (1.03).
Lain-lain negeri pula mencatatkan kadar Rt di bawah 1.0. – Malaysiapost

