“Tak terfikir peniaga kecil mampu bayar ke sampai RM50,000?” – Mimi Lana

0
1

Nurul Huda Abhar

BUKAN sahaja netizen yang bengang dengan insiden peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), pelakon Mimi Lana, 26, turut tampil menyuarakan perkara yang sama.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengakui faham dengan skop tugas yang dijalankan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Mimi mempersoalkan tidakkah pegawai tersebut berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kompaun RM50,000, sama ada peniaga kecil seperti itu mampu untuk untuk membayar atau tidak.

“Faham sangat polis buat kerja, ikut undang-undang. Tapi sebagai seorang manusia, polis yang menyaman tu tak akan tak ada terfikir atau terdetik rasa dekat hati mampu ke peniaga kecil macam tu bayar sampai RM50,000 dengan situasi macam ni?,” tulisnya hari ini.

Sementara itu, pelakon ‘Hati Yang Tersakiti’ itu berharap anggota yang bertugas mengeluarkan saman berfikir secara rasional sebelum bertindak.

“Polis yang saman menyaman ni dah boleh bertindak pakai logic akal kot. Bak Kata Hang Tuah kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar,” katanya lagi.

Kini trending di media sosial, rata-rata netizen berang dengan tindakan pihak berkuasa yang mengenakan kompaun RM50,000 pada seorang peniaga burger atas kesalahan berniaga melebihi masa.

Malah, lebih menyedihkan ada peniaga sanggup menawarkan kedai runcitnya sebagai ganti kerana tidak mampu membayar jumlah denda RM50,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here