Kompaun RM50,000: Tidak masuk akal dan membebankan -LRD Kelantan

0
2

Liga Rakyat Demokratik (LRD) Kelantan menyifatkan nilai kompaun RM50,000 yang dikenakan oleh penguat kuasa terhadap dua peniaga, tidak masuk akal dan membebankan.

Penyelarasnya, Makio Afix berkata, susulan itu, banyak kesan negatif yang akan menimpa keluarga peniaga tersebut andai mereka gagal membayar nilai kompaun yang dikenakan.

“Apatah lagi sebagai ketua keluarga sudah tentu segala hal perbelanjaan, pengurusan rumah tangga terletak di bahu mereka.

“Justeru jika nilai tersebut boleh dikurangkan seperti dinyatakan, apa salahnya pihak penguasa terus mengenakan kompaun dengan nilai yang masuk akal dan logik, tanpa perlu melalui proses rayuan yang melibatkan banyak pihak dan membuang masa pihak penguatkuasa dalam keadaan pandemik yang melanda sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, LRD Kelantan juga berharap agar waktu operasi untuk kedai makan, warung dan gerai di negeri itu dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.

“Ia kerana mereka masih mengekalkan konsep ‘tapau’ dan sentiasa mengikuti kehendak dan saranan kerajaan.

“Pihak kami turut difahamkan ada beberapa parti politik bersedia menyediakan khidmat guaman kepada peniaga-peniaga tersebut,” katanya.

LRD Kelantan turut mendesak agar pihak penguasa lebih memahami derita rakyat kebanyakan yang terjejas teruk akibat wabak yang melanda sekarang.

“Kepada penguasa, usah terlalu sombong dengan menjadikan rakyat sebagai musuh kamu dengan terus menerus memeras dan menekan rakyat miskin!!,” katanya.

Semalam, peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir serta peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.
-Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here