KES baharu Covid-19 hari ini mencecah 3,142 berbanding semalam dengan 2,733 kes.
Ia adalah kali pertama kes harian melepasi 3,000 sejak 24 Februari lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 401,593.
Peningkatan kes yang membimbangkan berlaku di Selangor, apabila mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,019 kes.
Manakala, kes di Kelantan yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 523. Ia diikuti Sarawak (416), Kuala Lumpur (440), Johor (194), Kedah (120).
Sementara, Sabah (87), Pulau Pinang (98), Perak (69), Negeri Sembilan (61), Melaka (42), Terengganu (40), Pahang (15), Putrajaya (13), Labuan (4), dan Perlis (1). – Malaysiapost

