Kadar Ro/Rt di Kelantan masih tertinggi

0
1

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh Malaysia adalah 1.12, menunjukkan penurunan sedikit berbanding 1.13 semalam.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, menunjukkan Kelantan masih tertinggi kadar Rt iaitu 1.32.

Diikuti Kuala Lumpur (1.23), Johor (1.21), Selangor (1.14) dan Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing di paras 1.13.

Di Terengganu kadar kebolehjangkitannya adalah 1.17, diikuti Pahang (1.12), Kedah, Putrajaya dan Sarawak di paras 1.07.

Manakala Perak (1.02) dan Pulau Pinang (0.99) sementara Perlis mencatatkan satu kes serta sifar kes di Labuan semalam.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here