Agihan dividen tinggi Risda, Felcra bukti kerajaan PN cekap

0
1

AGIHAN dividen tinggi untuk peserta Risda dan Felcra sebanyak RM189.08 juta mencerminkan kecekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperkasakan ekonomi rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata walaupun ada cubaan untuk mencipta persepsi bahawa kerjaan gagal namun hakikatnya PN terus menempa kejayaan yang boleh dikongsi dengan rakyat.

“Alhamdulillah, dividen RISDA berjumlah RM82.03 juta akan diagihkan kepada 16,080 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit di bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan 15,165 pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersil (TSK).

“Ia melibatkan keluasan 39,430 hektar di seluruh negara, Sementara 58,826 peserta FELCRA di seluruh negara akan menerima bayaran agihan akhir lebihan keuntungan projek tahun 2020 secara berperingkat.

“Jumlah agihan akhir FELCRA sebanyak RM107.05 juta ini adalah lebih tinggi berbanding RM83.82 juta pada tahun 2019,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju menyelaraskan pengagihan dividen RISDA dan FELCRA dengan nilai keseluruhan RM189.08 juta.

Dalama pada itu, Wan Saiful berkata, menerusi pelbagai langkah dan strategi kerajaan PN itu, Malaysia kini berada dilandasan yang betul bagi mengembalikan kekayaan negara kepada rakyat terbanyak.

“Seperti yang kita lihat, peningkatan prestasi ekonomi negara ini bukan sahaja di atas kertas, tetapi lebih penting, ia dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, terutamanya dikalangan golongan berpendapatan rendah dan di luar bandar.

“Dengan dasar-dasar kewangan yang cekap dan telus, strategi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin ini tidak hanya bersifat ‘sementara’,” katanya.

Wan Saiful berkata, ia bukan taktik memberi ‘gula-gula’ yang sering diamalkan kerajaan terdahulu bagi menutup kelemahan pentadbiran mereka.

“Sebaliknya merangkumi pelan pembangunan jangka panjang yang lebih efektif dan lestari, di samping program jangka pendek membantu rakyat meneruskan kehidupan ketika menghadapi cabaran wabak Covid-19. Tahniah saya ucapkan kepada barisan Kabinet PN.

“Walaupun setiap hari ada ‘kluster merungut’ cuba mencipta persepsi palsu kerajaan ini gagal supaya mereka nampak seperti hero yang bersih.

“Hakikatnya kerajaan PN terus menempa kejayaan demi kejayaan yang dikongsi dengan rakyat, ini membuktikan kerajaan PN adalah kerajaan cekap dan prihatin,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here