Kes Covid-19 naik: Adakah darurat berjaya menyelamatkan nyawa rakyat? – Najib

0
2

PELAKSANAAN darurat selama tempoh tiga bulan setengah bagi mengurus pandemik Covid menyaksikan kadar kematian, jumlah kes baharu dan pesakit di Unit Kawalan Rapi (ICU) naik.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sama ada pengisytiharan darurat benar-benar berjaya menyelamatkan nyawa rakyat.

“Selepas 3 setengah bulan darurat, kematian baru naik 225%jumlah pesakit kritikal dalam ICU naik 60%, jumlah pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan naik 53%.

“Selain itu, kes baru naik 24%, kluster baru dikesan naik 50% dan jumlah kuster aktif naik 39%. Dari mula darurat hingga semalam, jumlah kematian adalah sebanyak 898 orang,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam tempoh tujuh hari lalu juga sebanyak 63 nyawa terkorban akibat Covid-19

“Jika ini adalah hasil 3 1/2 bulan darurat, apakah jaminan bahawa darurat selama 3 1/2 bulan lagi akan membawa hasil yang berbeza?

“Atau pendekatan baru perlu diambil sebab yang benar-benar berpandu pada sains dan data akan tahu bahawa kita tak boleh harapkan hasil yang berbeza dengan membuat benda yang sama,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Januari lalu memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here