Whatsapp bakal tawar mesej menghilang tempoh 24 jam

0
2

APLIKASI WhatsApp akan memperkenalkan fungsi baru iaitu menawarkan mesej menghilang dalam masa 24 jam.

Bagaimanapun menurut laman WABetaInfo, fungsi ini masih belum diketahui bila ianya akan dibenarkan untuk digunapakai oleh pengguna.

Selain itu, ia juga mungkin akan berfungsi seperti sebelum ini yang dapat memadamkan mesej termasuk gambar serta video dalam tempoh yang ditetapkan.

Tahun lalu Whatsapp telah memperkenalkan fungsi mesej menghilang dalam masa 7 hari selepas ia dihantar.

Namun, tempoh untuk mesej tersebut hilang dikatakan agak lama dan mendapat rungutan pengguna.

Kini Whatsapp sedang menguji fungsi terbaru ini dan akan menawarkan mesej akan dipadam dalam masa 24 jam kepada pengguna tidak lama lagi. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here