Covid sebenar adalah gelombang 5G palsu

0
1

PENULARAN maklumat di aplikasi WhatsApp yang mendakwa wabak Covid-19 sebenarnya tidak wujud dan sebaliknya kematian adalah berpunca daripada sinaran elektromagnetik 5G yang diperkuatkan adalah tidak benar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di laman Facebooknya, memaklumkan maklumat itu adalah tidak benar dan tidak harus disebarkan.

Berdasarkan tangkap layar dikongsi KKM, antara maklumat lain yang disebarkan adalah mendakwa Rusia menjadi negara pertama di dunia yang melakukan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 yang hasilnya mendapati Covid-19 tidak wujud sebagai virus.

Sebaran itu juga mendakwa Covid-19 boleh di atasi hanya dengan pil antibiotik, anti radang dan aspirin.

“Tular di aplikasi WhatsApp seperti yang terkandung di lampiran (tangkap layar).

“Untuk makluman semua, maklumat ini adalah tidak benar dan tidak harus disebarkan,” menurut kenyataan KKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here