Ustaz Somad sunting gadis 19 tahun sebagai isteri

0
1

PENDAKWAH terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.

Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur.

Menurut Tribunnews, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

“Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa,” kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.

Bagaimanapun, Ilham tidak memberitahu perincian berkaitan perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Terdahulu, tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jarak usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Setakat kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun mahligai yang dibina musnah pada tahun ke-11 dan sah bercerai pada 3 Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS juga pernah dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here